PANDANGAN TENTANG KEBEBASAN BADAN KEHAKIMAN NEGARA DALAM SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA

Badan Kehakiman Negara.



Apa itu maksud kehakiman??

 
 
Kehakiman (kadang-kala juga dipanggil judisari)merupakan badan yang bertanggungjawab mentafsir dan melaksanakan undang undang. Badan ini juga dikenali sebagai sistem perundangan dan ahlinya terdiri dari para hakim dan majisteret yang biasannya dilantik oleh ketua negara masing-masing.Mereka juga biasanya menjalankan tugas di mahkamah dan bekerjasama dengan pihak berkuasa terutamanya polis dalam menegakkan undang-undang.

 Untuk pengetahuan pembaca, Badan Kehakiman mempunyai kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan jenayah. Perkara dibawah untuk menjelaskan lebih terperinci kuasa tersebut:

  1. Perkara sivil berkaitan dengan saman biasanya memerlukan afidavit.
  2. Perkara jenayah pula melibatkan kanun keseksaan.
  3.  Badan Kehakiman boleh menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan dan pihak badan pelaksana.
  4.  Badan kehakiman juga berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri.
  5.  Sistem mahkamah telah diwujudkan oleh Perlembagaan Malaysia untuk melaksanakan tugas kehakiman di negara ini.
  6. Mahkamah mempunyai kuasa mentafsirkan perlembagaan negara, mentafsirkan undang-undang, mengisytiharkan undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan mempunyai kuasa mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-undang.
  7. Mahkamah tidak boleh meminda undang-undang kerana perkara itu merupakan kuasa badan perundangan atau Parlimen.
  8. Sistem mahkamah di Malaysia disusun mengikut hierarki piramid. Melalui sistem ini individu atau kumpulan yang tidak berpuas hati dengan keputusan perjalanan mahkamah boleh membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi.
  9. Semua hakim dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri.
  10. Urusan pelantikan, kenaikan pangkat dan pelucutan jawatan terletak di bawah kuasa Duli Yang Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Seseorang hakim tidak boleh dipecat dengan sewenangwenangnya tanpa sebarang sebab yang munasabah.
  11. Hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik. Tujuannya supaya hakim dilindungi daripada pengaruh politik untuk menjamin keadilan dan kesaksamaan undang-undang.
  12.  Penasihat undang-undang kerajaan ialah Peguam Negara. Peguam Negara akan menjadi Pendakwa Raya atau Peguam Bela bagi kerajaan. Peguam Negara dibantu oleh Pegawai Perkhidmatan Undang-Undang dan Kehakiman.

No comments:

Post a Comment