PANDANGAN TENTANG KEBEBASAN BADAN KEHAKIMAN NEGARA DALAM SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA

Demokrasi Berparlimen dan Sistem Pemerintahan Demokrasi.



Apa itu Demokrasi Berparlimen ?

 
 
 
Apa itu sistem  pemerintahan demokrasi dalam Malaysia ?
Untuk pengetahuan umum, sistem pemerintahan demokrasi amat bermakna bagi sesebuah negara yang mendaulatkan kebebasan rakyat. Ia menggambarkan suatu sistem yang memberi keutamaan kepada suara dan kehendak majoriti rakyat. Istilah popular demokrasi ialah “Kerajaan rakyat, dari rakyat untuk rakyat”. Rakyat yang akan menentukan siapakah yang akan membentuk dan menerajui kerajaan. Demokrasi mempunyai makna yang bertentangan dengan autokrasi. Sepanjang sejarah dunia telah wujud pelbagai doktrin demokrasi yang diamalkan oleh masyarakat dunia. Walaupun diketahui secara hakikatnya demokrasi  bukanlah jenis pemerintahan yang dominan dalam sejarah dunia tetapi sejak kebelakangan ini, pemerintahan berbentuk demokrasi adalah yang paling dominan. Tiga klasifikasi utama demokrasi yang wujud atau pernah wujud ialah natural right democracy, democratic liberalism dan contemporary demokrasi. Demokrasi adalah merupakan satu struktur atau cara  masyarakat disusun. Selain itu juga, corak pemerintahan negara adalah ditentukan oleh rakyat atau lebih dikenali sebagai pemerintahan rakyat.
 
 
 

No comments:

Post a Comment