PANDANGAN TENTANG KEBEBASAN BADAN KEHAKIMAN NEGARA DALAM SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA

Pandangan berkenaan tajuk.


Pada pandangan kami, kebebasan kehakiman dalam sisitem demokrasi di negara Malaysia adalah sangat strategik kerana ia dapat mengekalkan kestabilan negara.Malah dapat memberi impak positif dalam meningkatkan kemajuan negara dengan mengekalkan ekonomi negara. Dalam sistem demokrasi berparlimen ,rakyat telah diberi hak memilih pemerintah untuk membentuk sebuah kerajaan. Dengan itu, badan kehakiman bebas dalam mentafsir dan melaksanakan undang-undang. Tambahan pula, sistem ini telah mengamalkan perkongsian kuasa. Bagi memastikan pemimpin tidak berkuasa mutlak untuk menjamin masa hadapan negara menjadi lebih baik.Disebabkan itu, pembangunan dan kemajuan negara menjadi semakin rancak. Sekaligus dapat meningkatkan nilai mata wang. Oleh itu, apabila negara menjadi maju, nama serta imej negara meningkat di mata dunia. Dunia juga akan mengiktiraf kejayaan Malaysia dalam pelbagai bidang. Akhir sekali, hal ini boleh menjadikan Malaysia sebagai model dalam sistem pemerintahan untuk negara lain.

No comments:

Post a Comment